suria

PSG lakar sejarah jadi kelab pertama Eropah raih 12 kemenangan pembukaan berturut-turut

PSG menjadi kelab pertama yang berjaya meraih semua kemenangan dalam 12 perlawanan pembukaan secara berturut-turut. - AFP

JUARA Perancis, Paris Saint-Germain membuka Ligue 1 dengan persembahan sempurna apabila meraih 12 kemenangan setelah penjaring terbanyak, Kylian Mbappe dan penyerang Brazil, Neymar memberi kelab itu kemenangan 2-1 ke atas Lille pada Jumaat.

Kejayaan itu adalah kali pertama melibatkan pasukan lima teratas di Eropah yang memenangi 12 perlawanan pembukaan berturut-turut.

Hasilnya, PSG mencatatkan kedudukan teratas dengan pungutan 36 mata.

Mereka mempunyai kelebihan 11 mata di depan Lille yang berada di tempat kedua.

Mbappe dan Neymar meraikan gol kemenangan pasukan mereka. - AP

Mbappe menyalakan api perlawanan dengan satu lagi gol cemerlang iaitu jaringan ke-11 untuknya pada musim ini.

Pemain kelahiran Perancis itu membuat hantaran cantik pada jarak 20 meter membolosi penjaga gawang Lille, Mike Maignan pada minit ke-70.

Neymar menyumbat gol kedua pada minit ke-84 sebelum Nicolas Pepe menjaringkan gol penalti untuk Lille. - Eurosport

Kylian Mbappe, Neymar, PSG

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain