CLAUDIO Ranieri dilantik sebagai pengurus baharu Fulham. Pengendali kelahiran Itali itu menggantikan Slavia Jakanovic yang membawa Fulham ke Liga Perdana menerusi aksi play-off musim lalu. Bagaimana pun, aksi hambar Fulham musim ini memaksa pihak kelab memecatnya dan menggantikan dengan bekas pengurus Leicester City itu. Jakavonic hanya mencatat satu kemenangan daripada 12 perlawanan musim ini yang meletak mereka di tangga tercorot liga.