suria

Tipu sakit perut elak jalani latihan, Dembele diberi amaran keras akan dijual

OUSMANE Dembele diberi amaran tegas berubah sikap atau berdepan dengan dijual.

Penyerang antarabangsa Perancis itu yang menyertai Barcelona dari Borussia Dortmund dengan harga 96 juta pound musim lalu ditegur kerana sikapnya sejak akhir-akhir ini.

Jurulatih Ernesto Valverda meletak Dembele di kerusi simpanan ketika aksi menentang Real Madrid minggu lalu selepas dia gagal mengikuti latihan dan tidak dapat dihubungi.

Pemain berusia 21 tahun itu mendakwa dia mengalami sakit perut dan sembuh sebaik sahaja doktor kelab menemuinya.

Ternyata 'panjang akal' Dembele itu menguji kesabaran Valverde dan pengurusan Barcelona.

Walaupun sudah hampir setahun di Barcelona, Dembele masih gagal berinteraksi dengan baik, lebih-lebih ketika di bilik persalinan.

Valverde membuat keputusan untuk menggugurkannya untuk perlawanan akan datang sekiranya dia tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Barcelona merancang untuk menjualnya Januari ini, namun dia boleh berpindah musim depan jika tidak ada sebarang perubahan.

Liverpool dan Arsenal dikatakan berminat untuk mendapat pemain tersebut, malah laporan mengatakan bahawa The Reds bersedia membuat rekod perpindahan kelab Januari ini.

Dembele, Barcelona

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan