suria

"Kami seperti adik-beradik"

Cavani dan Neymar (kanan) ketika aksi persahabatan Brazil-Uruguay di Stadium Emirates Jumaat lalu.

EDINSON Cavani menolak tanggapan hubungan tegang di antara dia dan Neymar.

Cavani dan rakan sepasukan di kelab Parsi Saint-Germain itu berlaga ketika aksi persahabatan antara Uruguay dan Brazil pada Jumaat lalu.

Penyerang Uruguay itu didenda kerana melakukan sentuhan keras kepada kapten Brazil itu ketika aksi di Stadium Emirates.

"Perkara hanya berlaku di padang adalah bola sepak, tetapi selepas itu kami adalah kawan, 'adik-beradik', rakan sepasukan," jelas Cavani kepada RMC Sport.

"Tetapi ketika perlawana kamu ingin menang, dan ia adalah normal sekiranya anda mempertahankan pasukan sendiri.

"Saya tidak melakukan apa-apa, tidak menyentuhnya. Saya pergi melihatnya dan beritahu bahawa saya tidak sentuh dia, itu sahaja. Saya berbuat demikian (berjumpa) dengannya dan juga kepada orang lain.

"Tidak apa yang perlu dicakap, hanya media yang bercakap mengenainya."

Sementara itu, Cavani turut bercakap mengenai anugerah Ballon d'Or yang berlangsung bulan depan.

Cavani merasakan trofi itu amat sesuai diberikan kepada pemain pasukan Perancis yang menjuarai Piala Dunia di Rusia Jun lalu.

"Tiga atau empat orang pemain layak menerimanya.

"Raphael Varane, Antoine Griezmann, Kylian Mbappe.

"Anda perlu melihat prestasi setiap pemain, bukan sekadar nama. Lihat prestasi tahun lepas, apa yang semua orang sudah buat, gelaran serta musim itu sendiri.

"Bagi saya pemain Perancis perlu menang. Ada beberapa pemain lain lagi selain mereka.

"Luka Modric (Croatia)  melalui musim yang habat tetapi Varane menjuarai Liga Juara-Juara. Okay, Modric merangkul gelaran naib juara Piala Dunia, tetapi Varane lebih layak," katanya.

Cavani, Neymar

Artikel Sebelum

Artikel Lain