"HARI ini saya tidak suka kepada semua orang", ujar pengurus Chelsea Maurizio Sarri. Maurizio mengakui The Blues mempunyai masalah yang perlu diselesaikan selepas rekod 18 perlawanan tanpa kalah sepanjang musim ini lebur di tangan Tottenham 3-1 pada aksi Liga Perdana Sabtu malam. "Saya kecewa kerana kami bermain dengan teruk. Saya fikir kami bermain sangat teruk dalam semua arah - fizikal, mental, teknikal dan taktikal. "Saya tahu ada beberapa masalah dan prestasi hari ini sangat jelas bahawa semua orang perlu menyelesaikannya. "Saya juga rasa dalam tiga atau empat perlawanan sebelum ini kami bermula dengan tidak baik," jelas pengendali dari Itali itu. Ketika ditanya sama ada dia pasukannya perlu dikecualikan daripada dikritik, Sarri menjawab: "Tidak. Hari ini saya tidak suka semua orang."