suria

Dortmund tetapkan harga Pulisic 70 juta pound sterling

Christian Pulisic.

BORUSSIA Dortmund sedia melepaskan Christian Pulisic sekiranya mereka menerima bidaan sebanyak 70 juta pound sterling.

Pemain sayap kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan bersama kelab Jerman berkenaan.

Pulisic yang kini menjadi sasaran Chelsea dan Liverpool pernah menyuarakan hasrat untuk beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Chelsea berusaha untuk memujuk Eden Hazard kekal di Stamford Bridge tetapi pemain Belgium itu enggan memperbaharui kontraknya.

Akibatnya, Chelsea kini mengintai peluang untuk menyambar Pulisic bagi menggantikan posisi Hazard.

Sementara itu, Pengurus Liverpool Jurgen Klopp pernah bekerjasama dengan Pulisic di Jerman dan masih meminati bakat pemain muda tersebut.

Prestasi cemerlang Pulisic bersama AS menjadikannya sebagai pemain paling dikehendaki ketika ini.

Chelsea dilaporkan sanggup mengeluarkan bidaan yang dikehendaki Dortmund pada Januari nanti bagi membolehkan Pulisic berhirjah ke Stamford Bridge. - Metro.co.uk

Christian Pulisic

Artikel Lain