PASUKAN Real Madrid dikatakan menyesal apabila mereka melepaskan Cristiano Ronaldo dan tidak menyangka keputusan itu membawa kesan buruk buat mereka. Menurut Fabio Capello, pasukan itu pada mulanya menyangka mereka boleh menang dengan mudah, biarpun tanpa Ronaldo. Namun, mereka kini dilihat bergelut untuk mengekalkan rentak. Pada Oktober lalu misalnya, pengurus mereka, Julen Lopetegui dipecat gara-gara prestasi kurang memuaskan pasukan tersebut. Penggantinya, Santiago Solari, kelihatan cemerlang sewaktu menyambung tugas Lopetegui sebelum kecewa apabila pasukan itu tewas 3-0 kepada Eibar pada Sabtu. Selain Ronaldo, pengurus Zinadine Zidane turut meninggalkan pasukan itu. Ronaldo kini bermain untuk pasukan Juventus. Dalam pada itu, teguran Capello ternyata berasas kerana dia pernah menguruskan pasukan itu pada 1196/1997 dan 2006/2007. Dia turut memberi pendapat mengenai keputusan kelab itu yang melepaskan Ronaldo baru-baru ini. "Mungkin Real dah betul-betul teruk sekarang. "Mereka fikir senang untuk menang tanpa Ronaldo, tetapi mereka silap. "Masa Ronaldo ada dalam Real Madrid, pasukan lawan pun takut," katanya lagi. - Mirror.UK.