suria

Gigit bahu lawan, Johnson dikena hukuman gantung tiga perlawanan oleh FA

PEMAIN  tengah Derby County, Bradley Johnson dikenakan denda oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) gara-gara menggigit pemain lawan.

Johnson didakwa menggigit Joe Allen ketika aksi Liga Kejuaraan bertemu Stoke City.

Rakaman menunjukkan Johnson mengigit Allen di bahagian bahu.

Allen memberitahu, Johnson menggigit jersinya, namun selepas FA menilai kembali rakaman tersebut pemain Derby itu dan turut berdepan dengan badan disiplin.

"Bradley Johnson dari Cerbyu County dikenakan denda berkaitan dengan tingkah laku keras.

"Insiden berlaku ke atas pemain Stoke City Joe Allen pada Rabu dan ia tidak disedari oleh pegawai perlawanan.

"Denda standard dikenakan dengan penggantungan tiga perlawanan," jelas kenyataan FA.-Dailymail

Bradley Johnson, gigit

Artikel Lain