ANTOINE Griezmann mengakui dia lebih gembira merangkul trofi Piala Dunia berbanding anugerah Ballon d'Or yang dimenangi Luka Modric. Pemain antarabangsa Perancis itu membantu pasukannya menjulang trofi Piala Dunia di Rusia Jun lalu. Griezmann berada di tempat ketiga dalam senarai undian Ballon d'Or di belakang Cristiano Ronaldo. Kemenangan tersebut sekaligus memadam rekod dominasi Ronaldo dan Lionel Messi. "Saya sangat gembira dengan tahun 2018. Saya menjuarai Liga Europa, Piala Super dan Piala dunia jadi ia tahun yang hebat. "Sedikit kecewa (tidak memenangi Ballon d'Or) tetapi ia malam yang bermakna kepada pemenang, jadi saya perlu ada di sana," ujar bintang Atletico Madrid itu. Ketika ditanya sama ada trofi Piala Dunia atau Ballon d'Or, Griezmann menjawab: "Piala Dunia!." Dia juga yakin satu hari nanti akan memenangi Ballon d'Or pada masa akan datang. "Saya yakin jika terus bekerja seperti sekarang, kenapa tidak? "Saya di landasan betul. Meraih dua podium jadi kami akan teruskan seperti ini," tambahnya. Griezmann dan Atletico bakal bertemu Sant Andreu dalam aksi Cpa del Rey pada Rabu, sebelum aksi la Liga menentang Alaves Sabtu ini.