suria

Pengacara dikecam gurau 'biadab' terhadap pemenang wanita pertama Ballon d'Or

PENGACARA Martin Solveig tampil memohon maaf berikutan soalan yang kurang sopan kepada pemenang pertama wabita anugerah Ballon d'Or wanita, Ada Hegerberg.

Solveig bertanyakan kepada Hegerberg sama ada dia boleh 'twerk' (tarian gelek) selepas mengambil trofi tersebut,Hegerberg hanya menjawab 'tidak'.

Berikutan dengan itu, Solveig menerima kritikan dan kecaman terhadapnya yang dianggap biadab.

Solveig dengan segera memohon maaf dengan aksi provokasinya itu.

Dia memuat naik status permohonan maaf di laman Twitternya.


"Saya ikhlas memohon maaf terhadap kelakuan yang menyinggung perasaan.

"Tujuan saya: Saya tidak mengajak wanita untuk 'twerk' tetapi menari untuk lagu Sinatra.

"Pengikut saya yang telah bersama 20 tahun mengenali saya menghormati wanita."

Hegerberg mencipta sejarah dalam bola sepak apabila menjadi pemain wanita pertama menerima anugerah ini selepas membantu Lyon menjulang trofi Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 23 tahun itu merakam 15 gol dalam penampilan di Eropah dan memadamkan rekodnya sendiri 14 gol dan menjaringkan 28 gol dalam 17 aksi liga.

Ada Hegerberg

Artikel Lain