PEMBANTU jurulatih Manchester United, Michael Carrick mengecam tindakan Paul Pogba meraikan pemecatan Jose Mourinho. Pengendali berusia 55 tahun itu dipecat selepas pertemuan dengan Ed Woodward di padang latihan petang Selasa. Sebaik sahaja berita pemecatan Mourinho menjadi tajuk utama berita, Pogba dilihat berteriak seolah-olah mengeluarkan kata-kata yang sudah lama terbuku di hati selama ini. "Dia (Mourinho) fikir dia boleh memperbodohkan saya dan mempengaruhi penyokong untuk menolak saya. Dia bermain dengan orang yang salah," kata Poba lapor The Sun. Carrick yang mengemudi United buat sementara waktu sebelum Ole Gunnar Solskjaer dilantik menggantikan Mourinho mengarahkan Pogba untuk menghentikan perbuatan yang dianggap keterlaluan itu. "Tiada pemain yang lebar besar daripada kelab," kata Carrick. Malah Carrick turut memberi amaran kepada pemain bahawa United tidak teragak-agak untuk melepaskan mereka yang tidak menghormati lambang pasukan itu. Bagaimanapun pemain United tetap meraikan pemergian Mourinho tetapi secara tertutup. Pogba turut memadam posting mempersendakan pemecatan Mourinho di Twitternya. Solskjaer dijangka memulakan tugasnya di Carrington pada Jumaat selepas tiba di Manchester lewat petang Rabu. - Metro.co.uk