PADA usia yang begitu muda, Kylian Mbappe sudahpun mencapai pelbagai kejayaan sebagai pemain bola sepak. Pada Khamis, dia baru sahaja meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-20. Lebih manis, ia turut diraikan oleh sahabatnya, Neymar. Perkara itu dikongsikan oleh Neymar menerusi satu foto yang dimuat naik. Foto yang dimuat naik Neymar memaparkan mereka sedang memakai topeng. "Selamat hari lahir adikku!" tulis Neymar pada ruangan kapsyen. Selain Neymar, ramai bintang bola sepak terkenal turut memberi ucapan menerusi laman Instagram buat bintang Paris Saint-German (PSG) itu. Ia termasuklah Dani Alves, Blaise Matuidi, Giovani Lo Celso, Marco Verratti, Lucas Hernandez dan Marquinhos Dalam pada itu, legenda bola sepak Brazil, Pele turut memberi ucapan selamat sempena ulang tahun kelahiran pemain muda itu. "Hanya bakat istimewa yang menyerlah dari awal. Selamat hari lahir, Kylian. "Sekarang usia 20, saya tak sabar nak tengok kejayaan lain pada masa akan datang," ujar Pele menerusi Twitter. - DailyMail/Sport24.co.