suria

'Titanic-clash', Guardiola anggap perebutan trofi berakhir jika gagal tewaskan Liverpool

Guardiola (kanan) bakal berdepan dengan Jurgen Klopp (Liverpool) pada aksi liga awal pagi Jumaat ini.

PEP Guardiola mencabar pemain-pemainnya menewaskan Liverpool menjelang perlawanan awal pagi Jumaat ini.

Pertemuan kedua-dua kelab dianggap seperti 'titanic clash' di Stadium Etihad.

Biarpun baharu sahaja mencatat kemenangan ke atas Southampton pada Ahad, Guardiola menyedari bahawa mereka boleh lagi jatuhkan mata selepas dua kekalahan mengejut sebelum ini.

"Kami memenangi banyak perlawanan tetapi sayangnya kalah dalam dua pertemuan sebelum ini. Kami akan berdepan dengan pasukan terbaik di Eropah atau di dunia.

"Jika mata kami jatuh lagi, ia akan berakhir. Dan sudah tentu mereka juga akan jatuh mata (jika tewas), tetapi tidak banyak.

"Saya sedar jurang perbezaan sangat besar, lebih-lebih lagi mereka kini sangat konsisten dan kuat. Tetapi kami bermain di tempat sendiri, dan berharap orang-orang di Etihad dapat membantu kami, beri sokongan.

"Dan ia bukan sekadar perlawana, tetapi pemain memang layak (menang). Apa yang mereka telah lakukan dalam tempoh 14 atau 15 bulan ini, bagaimana mereka mempertahankan kelab...ia sangat menakjubkan dan besar ,"ujar Guardiola.

City kini berada di kedudukan kedua dengan 47 mata, kekurangan tujuh mata daripada Liverpool yang menguasai kedudukan liga setakat ini.-Dailymail.co.uk

Pep Guardiola, Manchester City

Artikel Lain