ASHLEY Cole menyertai Liga Kejuaraan bersama kelab Derby County sehingga penghujung musim ini. Pemain veteran berusia 38 tahun yang mencatat 107 kap untuk England mengikat kontrak 15 ribu pound (RM79, 739) seminggu di Pride Park. Cole mendedahakan Frank Lampard yang menjadi punca keputusan itu dibuat. Cole menjadi pemain bebas selepas meninggakan LA Galaxy Oktober lalu dan Lampard menyifatkan bekas bintang rakan sepasukan di Chelsea itu antara pemain pertahanan kiri terbaik dalam generasinya. Pengurus Derby itu berkata: "Ashsley dalam keadaan baik yang tidak mengejutkan saya kerana dia seorang pemain profesional. Dia juga membawa aura baik dalam bilik persalinan. Sementara itu Cole berkata, dia telah mengadakan perbincangan dengan Frank sejak sebulan lalu dan menyebabkan dia berminat untuk sertai kelab ini. "Bagi saya ia persekitaran yang hebat dan berharap akan dapat promosi. "Sudah tentu ia bakal menjadi cabaran baharu kerana sudah lima tahun saya tidak beraksi untuk England. "Saya hadir dengan budaya berbeza serta corak permainan. Tiba di sini sangat sejuk (cuaca), hujan dan keadaan yang sukar. Ia liga yang sengit bersama pemain yang kuat. "Ia sebenarnya keluar daripada zon selesa saya. Saya boleh kekal di MLS dan tenang di sana tetapi saya datang ke sini untuk berjuang dan mendapatkan sesuatu. "Saya sangat menghormatinya berdasarkan apa yang dia telah dilakukan. Dia adalah bos saya sekarang. "Permainan bola sepak yang baik bermula dari belakang. Mereka beri tekanan dan berjuang. Ia adalah gaya permainan saya dengan pasukan besar. "Saya bersedia untuk menggunakan peluang ini dan beraksi lagi," ujarnya. Dailymail.