suria

Liverpool bakal jadi kelab bola pertama pecah rekod keuntungan RM469 juta

Liverpool bakal mengatasi rekod keuntungan sebelum cukai yang dipegang oleh Leicester City. - Foto AP

LIVERPOOL mungkin akan memecahkan rekod dunia bagi keuntungan sebelum cukai yang diperoleh oleh kelab bola sepak.

Kelab itu nampaknya akan melepasi rekod keuntungan €100 juta (RM469 juta).

The Reds menikmati kejayaan di atas padang pada musim ini dan kini menduduki kedudukan teratas dalam Liga Perdana Inggeris.

Mereka berada empat mata di depan saingan terdekatnya, Manchester City.

Kejayaan semasa tersebut nampak sepadan dengan angka keuntungan sebelum cukai itu.

Menurut laporan Inside World Football, kejayaan kempen sehingga perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim lalu dan penjualan Philippe Coutinho kepada Barcelona yang bernilai RM770 juta akan membantu menaikkan keuntungan kelab tersebut bagi musim 2017-18, yang akan dihantar kepada Company House pada awal Mac.

Kelab itu dilaporkan memperolehi RM381 juta daripada penerbangan mereka ke Kiev pada tahun lepas dan itu belum mengambil kira yang mereka tidak menyertai pertandingan pada tahun sebelumnya.

Angka tersebut akan menunjukkan pertumbuhan keuntungan yang besar.

Pada masa ini, Leicester City yang memegang rekod keuntungan sebelum cukai paling tinggi kerana meraih RM491.53 juta bagi musim 2016-17. - Daily Mail

Liverpool

Artikel Lain