suria

Messi, Maradona sokong kempen #NoDejenDeBuscar, keluarga lantik syarikat penyelamat persendirian cari Sala

LIONEL Messi dan Diego Maradona turut menyokong pencarian Emiliano Sala diteruskan.

Manakala keluarga penyerang baharu Cardiff City itu telah melantik syarikat persendirian untuk misi mencari Sala yang hilang bersama juruterbang sebuah pesawat sejak Isnin lalu.

Polis Guernset menghentikan misi mencari dan menyelamat Sala dan juruterbang David Ibbotson pada Khamis selepas tiga hari pencarian dijalankan yang merangkumi kawasan  1,700 batu persegi.

Kakak pemain antarabangsa Argentina itu, Romina dan bapanya Horacio turut terkejut dan tidak bersetuju misi pencarian itu dihentikan biarpun telah mendapat penjelasan penuh oleh kapten David Barker.

"Kami telah mengkaji semua maklumat yang ada serta mengetahui peralatan kecemasan yang ada dan mengambil keputusan sukar untuk menamatkan pencarian.

"Peluang untuk terus hidup di peringkat ini sangat tipis," jelas Barker.

Maradona turut menyokong kempen #JanganBerhentiMencari Sala.

#NoDejenDeBuscar (JanganBerhentiMencari) telah digunakan oleh personaliti  bola sepak yang meminta pihak berkuasa mempertimbangkan semula keputusan menghentikan misi mencari Sala.

"Jika pihak berkuasa British kekal dengan keputusan tersebut, pencarian Emiliano akan diteruskan melalui syarikat penyelamat persendirian," jelas rakan keluarga mangsa Martin Molteni.

"Walaupun terdapat kemungkinan, harapan yang minimum, kami meminta supaya #NoDejenDeBuscar. Emiliano. Semua kekuatan dan sokongan saya kepada keluarga dan rakan-rakan," Messi memuatnaik naik kapsyen di Instastory.

"Sementara itu Maradona turut memutanaik gambar Sala di Instagramnya.

"Harapan tidak pernah mati. #NoDejenDeBuscar."

Selain itu antara pemain lain yang turut menyokong kempen ini termasuk Sergio Aguero, Nicola Otamendi serta Gonzalo Higuain.-OneFootball

Emiliano Sala

Artikel Lain