suria

Malaysia mungkin dibatalkan sebagai penganjur Kejohanan Renang Para Dunia

KEJOHANAN Renang Para Dunia yang bakal berlangsung di Sarawak Ogos ini masih dalam perbincangan selepas keputusan Malaysia melarang kontinjen Israel memasuki negara ini.

"Malaysia tidak akan menganjurkan apa-apa acara yang melibatkan peserta atau wakil dari Israel," kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Israel telah menggesa Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) untuk menukar tempat jika tidak dapat memujuk Malaysia untuk membenarkan mereka menyertai acara bermula 29 Julai hingga 4 Ogos.

IPC berkata satu keputusan akan dikeluarkan kepada tuan rumah Malaysia untuk kejohanan renang dunia tahun ini.

Mesyurat IPC itu juga turut membincangkan penggantungan Jawatankuasa Paralimpik Rusia yang digantung dan keputusannya bakal diketahui pada 18 Februari ini.

Rusia digantung pertandingan Paralimpik sejak Ogos 2016 atas tuduhan kesalahan doping  yang juga menyebabkan penggantungan federasi sukan negara itu dan agensi anti-dopingnya. -The Star

Para Dunia, Israel, Malaysia

Artikel Lain