MANCHESTER United enggan terburu-buru melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap meskipun dia berjaya mengekal rekod cemerlangnya sehingga hari ini. Solskjaer memenangi kesemua lapan perlawanan sejak mengemudi United selepas Jose Mourinho dipecat bulan lalu. Ramai pemain, penyokong dan kakitangan United percaya pengendali dari Norway itu akan dilantik secara tetap susulan prestasi cemerlangnya itu. Namun MirrorFootball difahamkan Naib Pengerusi Eksekutif Ed Woodward dan pemilik United bersetuju keputusan melantik pengganti mengambil masa selama berbulan-bulan dan bukannya beberapa minggu. Pengurus Totteham Mauricio Pochettino masih kekal sebagai calon pilihan meskipun dia gagal mengemudi anak buahnya mara ke final Piala Carabao. Namun lembaga pengarah United gembira Solksjaer dapat membuktikan dia antara pencabar utama kepada calon lain untuk jawatan tetap itu. "Ia amat menakjubkan semasa dibawah Ole tetapi kelab tetap dengan pendirian bahawa proses melantik pengurus baharu tidak akan diputuskan sehingga musim panas," kata sumber. United pernah dikendalikan tiga pengurus sejak Sir Alex Ferguson bersara kurang enam tahun lalu. - Mirror.co.uk