BEKAS pemain dan pengurus Chelsea Ruut Gullit memberi amaran kepada Maurizio Sarri yang suka mengkritik pemain. Jelas Gullit, pengurus The Blues itu perlu berfikir dua kali sebelum mebuat kritikan terbuka kepada pemain-pemainnya. Pengendali dari Itali itu mempersoalkan mentaliti pemain-pemainnya selepas tewas 2-0 kepada Arsenal minggu lalu, namun mereka menang kepada Spurs dalam aksi Piala Liga pada Khamis. "Ia sangat berisiko mengkritik pemain-pemain secara terbuka seperti yang dibuat Sarri minggu ini, walaupun anda tahu anda betul. "Kadang kala sebagai pengurus anda memang ingin terbuka apa yang difikirkan, baik atau buruk dan untuk alasan yang betul. Anda berharap supaya pemain-pemain dapat memberi maklum balas dengan segera. "Tetapi jika pandangan itu disalah tafsir oleh mereka (pemain), anda akan berdepan dengan banyak masalah. "Apa yang anda tidak mahu lihat ialah situasi yang berlaku di Chelsea itu sampai kepada media. "Satu pihak yang mendapat faedah daripada tindakan tersebut adalah surat khabar," jelas Gullit. Sarri sebelum ini mengkritik Eden Hazard sebagai pemain individu bukannya sebagai ketua.Dan Hazard membero respon bahawa dia tidak peduli apa yang difikirkan pengurusnya itu. -OneFootball