suria

Mayat ditemui dalam bangkai pesawat Sala

Seorang penyokong memberi penghormatan kepada Emiliano Sala.

PASUKAN penyiasat kemalangan udara pada Isnin memberitahu, mereka menemui bangkai pesawat yang hilang membawa pemain Liga Perdana Inggeris, Emiliano Sala di dasar laut berhampiran Guernsey dan terdapat mayat kelihatan di dalamnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Sala akhirnya ditemui

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak percaya, ini mimpi buruk” – Bapa Sala

Pemain berusia 28 tahun dari Argentina itu dalam penerbangan dari Nantes di barat Perancis bersama juruterbang, David Ibbotson untuk membuat kemunculan pertamanya di kelab Cardiff City ketika pesawat itu dipercayai terhempas ke laut pada 21 Januari lalu.

"Objek itu adalah bangkai pesawat dari pesawat Piper Malibu yang hilang," kata Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) Britain dalam satu kenyataan.

"Tragiknya, menerusi rakaman video dari ROV, terdapat seseorang boleh dilihat di dalam bangkai pesawat. AAIB kini sedang mempertimbangkan langkah seterusnya, dan berunding dengan keluarga penumpang dan juruterbang dan penumpang, serta polis," menurut kenyataan itu.

Bangkai pesawat itu ditemui pada Ahad susulan pencarian dasar laut yang dimulakan selepas penemuan dua kusyen kerusi ditemui di perairan Perancis, yang berkemungkinan daripada pesawat berkenaan. - Reuters


Emiliano Sala, AAIB, David Ibbotson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain