NEYMAR menyambut hari lahirnya yang ke-27 penuh meriah di Paris pada Isnin. Pemain paling mahal dunia itu kelihaan gembira dengan kehadiran rakan sepasukan kelab Paris Saint-Germain (PSG), keluarg dan beberapa selebriti. Dengan tema Nuit Rouge (Malam Merah), Neymar tampil penuh bergaya walaupun terpaksa menggunaka tongkat gara-gara kecederaan di kaki kanannya bulan lalu. Marco Verrati dan Gianluigi Buffon turut hadir dengan tema majlis hitam dan merah. Kecederaan itu mneyebabkan pemain antarabangsa Brazil ini terlepas beberapa aksi penting termasuk pusingan 16 Liga Juara-Juara bertemu Manchester United. Antara pemain lain yang hadir teramsuk Thiago Silva dan penjaga gol Aplhonse Areola. Selain Neymar, antara pemain dunia terkenal lain yang berkongsi hari yang sama kelahiran (5 Februari) adalah Cristiano Ronaldo (34 tahun), Carlos Tevez (35) dan bekas pemain Romania Gheorghe Hagi (54).-Dailymail.co.uk