MAURIZIO SARRI berdepan risiko dipecat sekiranya Chelsea tumpas pada perlawanan akhir Piala Carabao. Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat dalam pengurusan Chelsea selepas mencapai beberapa keputusan buruk dan juga hubungan renggang antara Sarri dengan peminat. Terutamanya selepas dia mengakui tidak peduli dengan apa yang peminat fikirkan selepas mengalami kekalahan Piala FA di Manchester United. ARTIKEL BERKAITAN: Kalah 2-0 di tangan MU, penyokong Chelsea salahkan Maurizio Sarri Sarri semakin kesuntukan masa kerana Chelsea akan berdepan dengan Malmo di Liga Europa pada malam Khamis, Manchester City di Wembley pada Ahad dan kemudian Tottenham pada Rabu depan. Pengurus itu dalam tekanan kerana masa depannya di ambang bahaya jika dia memperoleh lebih banyak keputusan buruk. Chelsea sudah bersedia untuk membuat perubahan dan memikirkan calon yang berpotensi untuk menggantikannya. Sebelum ini, jaringan Ander Herrera dan Paul Pogba membolehkan Manchester United (MU) mengalahkan Chelsea 2-0 sekaligus melayakkan mereka ke suku akhir Piala FA. Herrera meletakkan United di hadapan menerusi jaringan pada minit ke 31 sebelum gawang Chelsea sekali lagi dibolosi oleh Pogba sebelum berakhirnya separuh masa pertama. Selain faktor pemain, kredibiliti jurulatih, Ole Gunnar Solskjaer yang menggantikan Jose Mourinho baru-baru ini turut dikaitkan dengan kemenangan itu. - Mirror UK