suria

Pemain temui ajal atas padang

Pemain dilihat mengerumuni Tsinga.

SEORANG pemain di Gabon maut selepas rebah ketika sedang beraksi dalam perlawanan bola sepak di Libreville.

Herman Tsinga yang juga penyerang Akanda FC, rebah pada minit ke-23 ketika menentang Missile FC, Sabtu lalu.

Media tempatan melaporkan pemain berusia 30 tahun itu rebah di atas padang semasa perlawanan Divisyen Satu Gabon.

Namun tidak dapat dipastikan punca dia rebah.

Sebuah rakaman video menunjukkan rakan pasukan, pegawai dan pemain lawan berada dalam keadaan terkejut dan keliru ketika mereka mengerumuni Tsinga.

Tsinga disahkan maut sebaik tiba di hospital.

Sebuah ambulans dilihat masuk ke tengah padang untuk memberi rawatan kecemasan kepada mangsa.

Pasukan doktor yang dikejarkan ke lokasi kejadian cuba melakukan rawatan 'kardiac' untuk menghidupan semula Tsinga.

Tsinga kemudian diusung masuk ke dalam ambulans dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Akhbar The Union mendakwa ambulans tersebut tidak dilengkapi topeng oksigen yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa pemain itu.

Menurut akhbar tersebut, ia adalah tragedi ketujuh yang berlaku di negara itu dalam tempoh 12 tahun lalu.

rebah, meninggal, padang

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan