suria

Bakal ikut acuan Ronaldo, Mbappe tak akan jadi seperti Messi

PEMAIN muda berbakat besar, Kylian Mbappe tidak henti-henti menerima pujian di atas prestasinya yang cemerlang.

Pada usia 20 tahun, dia sudah memenangi Piala Dunia bersama pasukan kebangsaan, Perancis dan diletakkan sebaris dengan nama-nama besar seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Selain pasukan kebangsaan, dia juga cemerlang beraksi untuk kelab Paris Saint-German (PSG).

Malah, ramai yang beranggapan dia bakal menerima anugerah Ballon d'Or pada masa akan datang.

Bekas penyerang PSG, Pauleta turut mengakui kehebatan Mbappe dalam sukan bola sepak.

"Dia merupakan bakat baru yang sangat hebat. Dia boleh membuat perubahan pada bila-bila masa.

"Pada usia muda dia sudah banyak memang. Dia boleh buat orang makin suka dengan PSG.

"Dia boleh jadi macam Ronaldo atau Messi dan menang beberapa Ballon d'Or," ujar Pauleta lagi.

Disoal mengenai dua nama besar itu, Pauleta berkata, dia melihat Mbappe bakal menjadi seperti Ronaldo.

Ujarnya lagi, dia tidak melihat Mbappe dalam acuan Messi sebaliknya dia lebih tepat akan menjadi persis apa yang dicapai Ronaldo hari ini. - Goal.

 

Kylian Mbappe, Ronaldo, Messi

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan