suria

Khabib selar teater lucah di kampung halamannya, anggap penganjur tak sensitif

JUARA Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov menyelar satu pementasan teater yang dipersembahkan di kampung halamannya di Daghestan.

Menurut Khabib, dia menyifatkan teater Hunting For Men yang memaparkan adegan wanita seksi menggoda lelaki sebagai sesuatu yang biadab untuk dipersembahkan disana.

"Kenapa pihak berkuasa Daghestan senyap, di mana ahli parlimen?

"Kenapa semua berdiam dan setuju teater bersifat porno dipersembah di bandar ini? Jangan malukan kami, semua perkara ada batasnya," tulis Khabib di Instagram.

Susulan itu, pihak penganjur dan beberapa pelakon teater itu turut tampil membuat permohonan maaf.

"Mewakili pasukan kreatif kami, saya minta maaf kerana secara tak sengaja menghina penduduk Daghestan.

"Ia tidak bermaksud lucah, ini adalah teater klasik Itali yang sudah dimainkan sejak dahulu lagi.

"Adegan atas katil itu sebahagian jalan cerita. Kami tak sangka ia boleh jadi seperti ini. Kami hormati budaya tempatan Daghestan," ujar pelakon dan penerbit, Ivan Zhidkov. - OCMedia.

Artikel Lain