BINTANG Bayern Munich Thomas Muller akhirnya bersuara selepas kariernya bersama Jerman berakhir pada Rabu. Pemenang Kasut Emas Piala Dunia 2010 itu meluahkan rasa marahnya kepada pengurus Jerman, Joachim Low yang menyingkirnya serta dua lagi rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan. Muller, Jerome Boateng dan Mats Hummels diberitahu pada Selasa lalu bahawa mereka tidak lagi berada dalam senarai perancangan Low selepas aksi hambar skuad Jerman pada aksi Piala Dunia tahun lalu. Dan Muller,29, yang telah merakam 38 gol dalam 100 aksi untuk Jerman memberitahu dia tidak faham apa yang difikirkan bekas pengurusnya itu. "Sudah tentu saya terkejut dengan keputusan yang dibuat jurulatih. "Jurulatih kebangsaan perlu membuat keputusan, saya tidak persoalkan itu. Tetapi semakin lama saya berfikir, semakin kuat perasaan marah mengenai apa yang berlaku. "Saya tidak faham dengan cadangan penjelasan keputusan ini. Hummels dan Boateng turut digugurkan dalam skuad Jerman. "Mats, Jerome dan saya masih mampu bermain bola sepak di peringkat antarabangsa. "Kami sudah lama bersama, setiap masa, karier yang sukses dengan DFB dan saya fikir kenyataaan yang disiarkan (DFB) selepas keputusan jurulatih adalah tidak ada kelas. "Saya fikir ia tiada kaitan dengan penghargaan. Saya sentiasa bangga memakai jersi, dan telah memberi segalanya, saya mahu mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan ia satu perjalanan yang luar biasa," jelas Muller dalam satu rakaman videonya. Sementara itu, ketika membuat pengumuman tersebut, Low mendakwa dia perlu melihat masa depan untuk membawa sukses dalam era baharu. "Saya berterima kasih kepada Mats, Jerome dan Thomas untuk banyak kejayaan, luar biasa dan berkongsi beberapa tahun yang unik," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikerluarkan oleh Jerman FA. "KIni sudah tiba masanya untuk merancang masa depan. Kami mahu memberi pasukan pemandangan yang baharu. "Saya yakin ini adalah langkah tepat. Pemain-pemain muda hadir dan akan mempunyai tempat untuk berkembang. Kini terpulang kepada mereka untuk mengambil tanggung jawab. "2019 adalah permulaan baharu bagi pasukan kebangsaan Jerman. "Sangat penting bagi saya untuk menjelaskan keputusan ini secara peribadi kepada pemain-pemain dan pengurusan Bayern FC." -Dailymail.co.uk