PEMAIN sensasi Mesut Ozil menerima kritikan ramai apabila dia menyenaraikan presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ke majlis perkahwinannya. Ozil bertunang dengan seorang model, Amine Gulse pada tahun lalu dan kini bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya. Dalam pada itu, ini bukanlah kali pertama Ozil diselubungi kontroversi sebegitu. Sebelum ini, dia juga pernah dikritik kerana pertemuannya dengan pemimpin dunia itu. Rata-rata peminat Ozil di Jerman berang apabila dia bertemu dengan Erdogan, sekitar Piala Dunia FIFA tahun lalu. Namun, Ozil tetap berkeras dan mempertahanankan tindakannya pada waktu itu. "Pada saya, mengambil gambar dengan Erdogan tak ada sebarang unsur politik pun. Saya cuma hormati dia. "Kerja saya sebagai pemain bola, bukan ahli politik," ujar Ozil lagi. Pada minggu lalu, Ozil dan tunangnya turut bergambar dengan Erdogan sewaktu mereka bertemu di lapangan terbang Istanbul. Foto itu pantas menarik perhatian ramai sehingga Ozil dan tunangnya dikritik. - Sportskeeda.