PEMAIN Wales, Gareth Bale menghargai bakat bekas pemain Arsenal iaitu Thiery Henry dan Dennis Bergkamp yang telah menjadi idola sejak zaman remajanya. Bale mendedahkan minatnya terhadap aksi bekas pemain Arsenal itu dari waktu zaman kecilnya menerusi episod bersiri rancangan BT Sport's What I Wore. Penyerang Real Madrid itu mencipta nama besar sepanjang menjadi pemain bola kebangsaan Wales. Dia dilihat memegang jersey Arsenal milik Henry yang mungkin akan menimbulkan kemarahan peminat Tottenham. Melihat pada kerjayanya setakat ini, Bale sering menonton persembahan Henry dan Bergkamp sebagai rujukan dalam mengembangkan kariernya ketika dia masih bergelar pemain remaja. "Saya banyak menonton Arsenal dan teruja melihat aksi Henry. "Begitu juga dengan aksi Dennis Bergkamp. Mereka adalah satu pasukan yang hebat. Dan ini (sambil memegang jersi Arsenal) peminat Tottenham pasti tidak akan gembira melihat saya memegangnya," ujar Bale.-Daily Mail UK