BINTANG PARIS Saint-Germain Neymar disiasat berikutan kata-kata kesat kepada pengadil. Pemain antarabangsa Brazil itu bengang dengan keputusan pengadil ketika aksi pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara yang menyaksika PSG tersingkir di tangan Manchester United. Neymar yang menjadi penonton ketika aksi itu kerana mengalami kecederaan menggelar penolong pengadil video (VAR) sebagai memalukan apabila memberi penalti kepada United. Sebelum keputusan dibuat, pengadil perlawanan Damir Skomina merujuk VAR dan membuat keputusan sepakan penalti kepada United. Pemain antarabangsa Brazil itu mendakwa Skomina sebagai 'tidak faham bola sepak'. "Ini amat memalukan. Dan mereka masih membiarkan 4 lelaki yang tidak faham bola sepak untuk melihat rakaman video, ini sepatutnya tidak berlaku. "Bagaimana dia mengeluarkan tangannya apabila dia berada di belakang!," luah Neymar di Instastorynya 7 Mac lalu. Artikel berkaitan: Neymar bengang keputusan pengadil punca PSG tewas kepada Manchester United Sekiranya didapati bersalah, Neymar bakal berdepan dengan penggantungan tiga perlawanan dalam aksi Liga Juara-Juara oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa). Pengurus PSG, Thomas Tuchel berkata bahawa dia memahami kemarahan Neymar dan mempertahankan kelakuan pemainnya. Jelas Tuckel, Neymar membuat komen demikian dalam keadaan marah. - Guardian.com