suria

De Gea angkat kaki jika United tidak naikkan gaji

David De Gea.

DAVID De Gea akan meninggalkan Manchester United sekiranya kelab itu gagal menawarkan kontrak sekitar 350,000 pound sterling kepadanya.

Penjaga gol sensasi itu menuntut kenaikan gaji dengan kontraknya akan berakhir pada musim panas akan datang dan kelab gerasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG) sanggup memenuhi permintaan tersebut.

PSG terbuka membawa masuk De Gea selepas penjaga gol veterannya, Gianlugi Buffon merancang untuk bersara.

United memilih untuk melanjutkan kontrak De Gea selama setahun dengan kontrak asalnya dijangka berakhir pada hujung musim ini.

Namun The Sun melaporkan rundingan untuk mengekalkan De Gea di Old Trafford masih menemui jalan buntu.

De Gea sering kali dikaitkan bakal meninggalkan Old Trafford dengan Real Madrid turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Los Blancos hampir memuktamadkan perpindahannya pada 2013 tetapi kesilapan mesin faks membantutkan hasrat itu.

De Gea berhijrah dari Atletico Madrid pada 2011 dan diangkat sebagai penjaga gol paling konsisten di England.

Dia beraksi sebanyak 353 kali untuk United dengan memenangi trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2013, Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa. - Mirror.co.uk

Manchester United, David De Gea

Artikel Lain