suria

Pukul teman wanita dengan papan penggosok, hentak dengan cermin akhirnya pemain bola sepak dipenjara

Reece Thompson

SEORANG wanita menderita sepanjang perhubungannya dengan pemain bola sepak apabila di layan seperti 'bola'.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu memberitahu bahawa Reece Thompson selalu memukulnya sehingga mengalami kecederaan.

Dia mendedahkan pemain berusia 25 tahun bersama kelab Liga 2 itu turut memaksanya menjilat cat di lantai.

Wanita malang itu mengalami kecederaan patah rahang, lebam di bahagian punggung akibat dipukul dengan papan penggosok baju ketika insiden itu berlaku selama tiga hari September lalu.

Kecederaan di bahagian punggung akibat dipukul dengan papan penggosok baju.

"Reece berulang kali memukul saya. Dia pukul dengan papan penggosok baju, serta menghentak cermin di atas kepala saya.

"Saya juga tleh menjilat cat di lantai dan ketika itu dia sekali lagi menghentak cermin di atas kepala.

"Dia menyuruh saya meletakkan tangan di bawah dan memukul saya.

"Ketika cermin kedua dihempas itu, saya hanya terfikir akan mati dan menjerit kepadanya supaya berhenti atau dia boleh membunuh saya," jelasnya kepada Lincolnshire Echo.

Thompson memulakan kariernya sebagai pelatih di Lincoln City sebelum mencipta nama di Retford United. Dia juga bermain untuk York City dan North Ferriby United dalam Liga Nasional.

Penyerang itu mengikat kontrak dengan Guiseley AFC dalam Liga Nasional Utara Vanarama dan tinggal di Bircotes ketika ditahan.

Thompson dipenjara selama 40 bulan arahan dan sekatan selama 10 tahun.-Dailymail.co.uk

Reece Thompson, kaki pukul

Artikel Lain