BAPA kepada mendiang Emiliano Sala yang terbunuh dalam insiden pesawat terhempas Januari lalu meninggal dunia akibat serangan jantung. Haracio Sala meninggal dunia selepas tiga bulan tragedi yang menimpa pemain baharu Cardiff City terkorban di Perairan Selat Inggeris. Datuk Bandar Julio Muller berkata: "2019 terus memberi berita kejutan di bandar ini. ARTIKEL BERKAITAN : “Saya tak percaya, ini mimpi buruk” – Bapa Sala "Pukul 5 pagi, wanita iaitu isterinya menelefon saya dan dia sangat sedih. "Doktor berada di sana dan apabila saya tiba dia telah meninggal dunia," ujarnya. Sebelum ini Haracio memberitahu sangat sedih dengan kehilangan anaknya dalam tragedi tersebut. Katanya: "Saya tidak percaya ini. Ia sperti mimpi. Mimpi ngeri. Saya terdesak. "Sala dan Ibbotson berlepas dari Nantes di Perancis untuk ke Cardiff pada 21 Januari lalu, selepas bintang bola sepak itu menandatangani kelab Liga Perdana Inggeris, sebelum hilang semasa merentasi Selat Inggeris. -metro.uk.co