BEKAS rakan sepasukan Cristiano Ronaldo di Real Madrid bercerita mengenai cara pemain itu melayan individu di sekelilingnya. Menurut Emmanuel Adebayor, dia yang menyertai pasukan itu sebagai pemain pinjaman pada 2011 sempat bekerjasama dengan nama-nama besar termasuklah Ronaldo. "Dia berlatih dengan kami seperti dia sedang berlatih dengan budak-budak. "Cara dia hantar bola, kawal bola, dalam gim pun sama. "Dalam gim, saya dan Sergio Ramos paling kuat. Bila Ronaldo datang, dia kata, itu sahaja yang mampu kamu buat? "Biasanya kami buat dua set senaman, dia akan buat sampai 30," ujar Adebayor kepada Daily Mail. Ronaldo meninggalkan pasukan itu pada 2018 selepas sembilan tahun bersama mereka. Sepanjang tempoh itu, dia merekodkan 450 jaringan menerusi 438 perlawanan. - Soccer Laduma.