HASRAT Paul Pogba untuk meninggalkan Manchester United pada musim panas ini nampaknya terpaksa ditangguhkan selepas ejennya, Mino Raiola dilarang terlibat dalam aktiviti perpindahan pemain di seluruh dunia oleh Fifa. Awal minggu ini, Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengesahkan Raiola dikenakan sekatan terlibat dalam perpindahan pemain di negara itu selama tiga bulan. Namun terbaharu, Fifa mengumumkan dia dikenakan sekatan di seluruh dunia untuk tempoh sama menyebabkan perpindahan berprofil tinggi bakal terjejas. Mino Raiola. Raiola mewakili Pogba selama beberapa tahun dan memperoleh keuntungan sebanyak 41 juta pound sterling selepas memuktamadkan perpindahan pemain itu dari Juventus ke United pada 2016. Pogba dilaporkan mahu angkat kaki dari Old Trafford pada hujung ini dan berminat menyertai Real Madrid. Raiola, 51, juga ejen kepada pemain pertahanan Ajax, Matthijs de Ligt yang sedang diburu Barcelona. - Metro.co.uk