PENYOKONG -penyokong Manchester United mula 'berbunyi' menyalahkan Ole Gunnar Solskjaer selepas dimalukan Cardiff City. United tewas 2-0 kepada Cardiff pada perlawanan akhir liga musim ini yang menyaksikan mereka menamatkan saingan di tangga ke-6 musim ini. Pada awal ketibaan Solskjaer tiba di Old Trafford menggantikan Jose Mourinho, rata-rata penyokong amat mengharapkannya untuk memimpin skuad apabila meraih kemenangan berturut-turut. Namun selepas itu, prestasi The Red Devils mula hambar dan hanya mengutip satu kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir liga. Antara luahan penyokong-penyokong United di laman Twitter. Situasi itu menjadikan penyokong-penyokong United mula mempersoalkan kewibawaan pengurus itu untuk terus membimbing skuad. Salah seorang penyokong menerusi akaun Twitter @JoeSillett berkata: "Mana-mana kelab selain daripada Manchester United akan memecat Ole Gunnar Solskjaer malam ini. Ini memalukan. Pemilik perlu menjualnya. Ia adalah pengakhiran jalan." Satu lagi penyokong @DeonPillay7 menulis: "Pecat Ole Sunnar Solskjaer secepat mungkin dan dapatkan pengurus yang mempuyai fikiran menyerang, itu adalah cara bola sepak menyerang." -Dailymail.co.uk