PARIS Saint-Germain (PSG) bakal menjual tiga pemainnya musim ini. Tiga pemain yang 'dibuka' untuk tawaran adalah Thomas Meunier, Christopher Nkunku dan Layvin Kurzawa. Skuad Thomas Tuchel memerlukan dana untuk musim baharu nanti apabil kelab Perancis itu cuba mengelak daripada didenda oleh Financial Fair Play sekiranya terlebih berbelanja. Christopher Nkunku Meunier dan Nkunku dikaitkan dengan pasukan Liga Perdana Inggeris yang menganggap Manchester United dan Arsenal adalah destinasi yang sempurna. Bagaimana pun Kurzawa dipercayai diintai oleh kelab Itali termasuk Lazio. -Onefootball