PEMAIN muda Manchester United Angel Gomes dijangka bakal meninggalkan Old Trafford musim baharu kelak. Pemain tengah berusia 18 tahun itu hanya beraksi sebagai pemain ganti pada minit ke-74 ketika bertemu Cardiff yang sekaligus merakam penampilan keduanya dalam aksi liga musim ini. Biarpun kontraknya bersama United sehingga 2020, laporan media Perancis A Bola mendakwa pemain itu mahu memastikan masa depannya yang lebih baik. Kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan berminat membawa masuk pemain muda ini ke Parc des Princes. Gomes dikatakan mahu lebih meningkat sebagi pemain dan dia merasakan bersama di dalam skuad Bawah 23 Tahun United tidak membantunya. Selain PSG, kelab di Sepanyol dan Portugal juga turut mengintai kelincahan pemain tersebut. Lebih membuatkan Gomes mahu keluar meninggalkan Old Trafford selepas pengurus Ole Gunnar Solskjaer melabelnya sebagai ‘fizikal lemah berbanding semangat’. -Dailymail.co.uk