SATU idea yang cukup menarik apabila jersi bola sepak lama diubah menjadi jubah untuk pesakit cilik. Begitulah yang dilakukan oleh sebuah syarikat kitar semula di Sepanyol. Inisiatif itu digerakkan oleh majalah bola sepak Panenka denga kerjasama agensi kreatif We Are Xuxa. Ia diberi jolokan Las Batas Mas Fuertas atau 'jubah hospital paling kuat.' Kempen itu mula dilancarkan pada minggu ini. Ia bertujuan untuk memberi semangat dan kekuatan kepada pesakit cilik. Menerusi video promo, beberapa kanak-kanak dilihat mengenakan jubah hospital yang dikitar semula daripada jersi Barcelona, Real Madrid dan Atletico Madrid. - The Sun.