SEORANG pelumba mengalami kecederaan setelah motor berkuasa besar yang dinaikinya terbakar. Kejadian melibatkan Hernan Medina berlaku sewaktu kejohanan akhir SuperSport 600 di Buenos Aires, Argentina. Malah, rakaman sewaktu kejadian turut menjadi tular. Menerusi video itu, Hernan Medina dilihat cuba menghidupkan kembali motosikal berwarna jingga yang rosak sewaktu perlumbaan sedang berlangsung. Dalam tempoh 15 saat, kenderaan itu terus terbakar sebelum Hernan Medina melompat untuk menjauhkan dirinya. Ujar pelumba itu, kebakaran berpunca daripada tiub petrol. Menurut media tempatan, pelumba itu turut disambar api di bahagian jambang dan bulu matanya. Namun, dia tidak mengalami kecederaan serius. - Daily Star.