suria

Pogba tunai umrah dengan bintang Chelsea

Pogba menunaikan umrah bersama Zouma.

PEMAIN tengah Manchester United Paul Pogba menunaikan umrah pada bulan Ramadan.

Pogba dilihat berada di Tanah Suci itu bersama dengan pemain pertahanan Chelsea, Kurt Zouma.

Pemain kebangsaan Perancis itu memuat naik gambar itu dengan kapsyen:"Jangan pernah lupa perkara penting dalam kehidupan".

Sebelum ini Pogba pernah menunaikan haji di Makkah.

Setiap hujung musim saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Pogba akan menggunakan peluang yang ada untuk beribadat berbanding menghabiskan masa bercuti di Las Vegas atau Ibiza seperti dilakukan pemain lain.

Dia dijangka beraksi mewakili skuad Perancis untuk aksi kelayakan Euro 2020 bulan depan sebelum memutuskan mengenai masa depannya di Old Trafford.

Pogba menjadi sasaran pengendali Real Madrid, Zinedine Zindane dan pemain itu turut berbesar hati untuk berhijrah ke Santiago Bernabeu. - Mirror.co.uk

Paul Pogba, umrah, Makkah

Artikel Lain