suria

Sheffield United dibiayai keluarga Osama bin Laden

Sheffield United akan beraksi di pentas EPL musim depan.

SHEFFIELD United menerima dana sebanyak tiga juta pound sterling dari keluarga pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.

Perkara itu didedahkan di Mahkamah Tinggi di London semasa perbicaraan kes pertikaian pemilikan melibatkan pemilik bersama Sheffield, Kevin McCabe dan Putera Abdullah.

Peguam Putera Abdullah, Andreas Gledhill QG mendakwa pinjaman bernilai tiga juta pound sterling dinamakan 'Projek Delta' diberikan kepada Sheffield boleh dikesan dikembalikan kepada keluarga Osama.

Geldhill berkata McCabe mengetahui dana itu datang daripada sumber lain dinamakan keluarga Osama.

Semasa soal siasat dengan McCabe, Gledhill turut mengeluarkan emel dari Pengarah Sheffield Jeremy Tutton yang bimbang akhbar tempatan akan menyiarkan berita tersebut sekiranya dana itu diketahui umum.

McCabe menolak emel Tutton tetapi Gledhill mendakwa mengetahui sumber dana tersebut.

McCabe dan Putera Abdullah sering naik turun mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian mengenai pemilikan kelab yang akan beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Putera Abdullah membeli 50 peratus kepentingan The Blades pada 2013 daripada McCabe dengan syarat beliau menyalurkan dana 10 juta pound sterling kepada kelab itu.

McCabe mendakwa dia tidak bersetuju dengan syarat itu dan mahu mahkamah mengiktiraf pemilikannya terhadap Sheffield agar dia mendapat keuntungan daripada penjualan kelab tersebut. - Mirror.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain