suria

"Mereka tinggalkan anak saya seperti anjing," luah bapa Sala dalam satu dokumentari sebelum meninggal dunia

Horatio meluahkan rasa terkilan kepada Cardiff City sebelum dia meninggal dunia April lalu.

HORACIO Sala menuduh Cardiff City 'meminggirkan' anaknya Emiliano.

Horacio meluahkan perasaanya itu dalam satu segmen dokumentari BBC seminggu sebelum dia meninggal dunia akibat sakit jantung pada 27 April lalu.

Manakala Emiliano Sala maut apabila pesawat yang dinaikinya terhempas di Selat Inggeris 21 Januari lalu.

Sala, 28, dalam perjalanan kembali ke Selatan Wales selepas menandatangani kontrak bersama Bluebirds dengan bidaan sekitar 15 juta pound sterling.

Sala tidak kesampaian untuk bermain di padang Cardiff City.

"Dengan semua duit yang dibayar kepadanya (Sala), kenapa sangat susah untuk mereka mencari sesuatu yang selamat?.

"Kenapa? Tetapi mereka tinggalkan dia sendirian. Mereka tinggalkan dia seperti anjing.

"Mereka tinggalkan dia, mereka pinggirkan dia," kata Horatio kepada BBC.

Sementara itu ibu Sala, Mercedes Taffarel yang turut terlibat dalam dokumentari tersebut memberitahu: "Saya terus berfikir dia akan menghubungi saya, tetapi tidak.

Selain itu, kenyataan Cardiff City kepada BBC: "Cardiff City telah menjalankan tugas sebaik mungkin dengan dengan kedua-dua belah pihak bagi memastikan kebajikan keluarga Sala dijaga - satu prinsip yang diutamakan. -Dailymail.co.uk

Horatio, Sala, Emiliano

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain