suria

Ibrahimovic digantung dua perlawanan

Ibrahimovic terlepas dua perlawanan selepas ini.

ZLATAN Ibrahimovic digantung dua perlawanan selepas bertengkar dengan penjaga gol NYCFC, Sean Johnson.

Pemain LA Galaxy itu sentiasa menjadi perhatian media di Dignity Health Sports Park, lebih-lebih lagi selepas kelabnya tewas 2-0 dalam aksi Sabtu lalu.

Insiden itu berlaku di depan gol selepas percubaan Ibra terkena palang dan ketika itu Johnson seolah datang melanggar dari belakang dan menariknya sehingga kedua-duanya jatuh, seperti sedang bergusti.

Jelas di rakaman, insiden tersebut bukan berpunca daripada bekas pemain Sweden itu, namun malang buat Ibra kerana dipersalahkan.

Liga Bolasepak Utama (MLS) menjatuhkan hukuman kepada pemain berusia 37 tahun itu yang menyaksikan dia terlepas dua perlawanan bertemua Orlando City dan Sporting Kanss City. -Onefooball

Zlatan Ibrahimovic, LA Galaxy

Artikel Lain