LAPORAN akhbar Sepanyol mendakwa Barcelona berhasrat mendapatkan Antoine Griezmann dan Neymar. Ia bagi memperkukuh pasukan mereka pada musim akan datang. Biarpun sukar, pengendali Barcelona dikatakan komited dalam usaha mendapatkan dua bintang itu. Neymar kini bermain untuk Paris Saint-German (PSG) manakala Griezmann bersama Atletico Madrid. Selain Barcelona, Neymar juga secara terbuka meluahkan hasrat untuk meninggalkan PSG. - Daily Mail.