PEMAIN sensasi Cristiano Ronaldo mengakui kebencian yang diterima daripada penyokong pasukan lawan langsung tidak memberi kesan buat dirinya. Biarpun pernah 'diboo' sebelum ini, dia menganggap apa yang berlaku sebagai sesuatu yang positif. "Saya perlu menjadi yang terbaik di dalam dan luar padang. Kita juga berlawan dengan yang terbaik sahaja. "Peminat mereka boleh boo saya, dan saya gunakan ia sebagai motivasi untuk perbaiki diri," ujar Ronaldo. Jelas pemenang lima kali Ballon d'Or itu, dia juga suka berlawan dengan pasukan yang kuat bagi mencabar dirinya. - Fox Sport Asia.