ARSENE Wenger membuktikan bahawa usia bukan halangan kerana dia kembali memakai but dengan mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan di Stadium Thierry Roland di utara Paris, Perancis. Bekas pengurus Arsenal berusia 69 tahun itu juga sering berlari sejauh 10 kilometer sehari. Dalam perlawanan persahabatan itu, Wenger bermain untuk Varietes club de France menentang FC Coubron, memperoleh kemenangan 7-1. Roland merupakan presiden kelab itu selama 23 tahun. Selepas permainan itu, Wenger berkata: "Thierry Roland melakukan banyak perkara untuk bola sepak Perancis. "Anak lelakinya kerapa datang ke stadium semasa saya masih melatih di Arsenal," katanya. Wenger menjadi pengurus Arsenal dari 1996 sehingga 2018. - Daily Mail UK