MANCHESTER United lebih rela kehilangan David De Gea secara percuma pada musim panas akan datang berbanding berbelanja untuk membawa masuk penjaga gol baharu. De Gea menerima tawaran tambahan selama lima tahun, dengan kenaikan gaji kepada £350,000 (RM1.82 juta) seminggu. Manchester United pertama kali mengadakan rundingan dengan wakil pemain berusia 28 tahun, lebih setahun yang lalu tetapi setakat ini gagal mencapai kata sepakat kepada penambahbaikan kontraknya pada masa ini sebanyak £200,000 (RM1.04 juta) seminggu. Paris Saint-Germain menaruh minat pada De Gea tetapi Manchester United menegaskan mereka mahu mengekalkan penjaga gol itu menjelang musim penuh pertama pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer. - Daily Mail UK