CHELSEA mengikat Mateo Kovacic secara tetap selepas pemain tengah itu menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Stamford Bridge. Pemain tengah Croatia itu turut The Blues menjulang trofi Liga Europa musim lalu. Kovacic menandatangani kontrak tetap selama lima tahun. "Mateo telah membuktikan kemampuannya sepanjang berada di sini secara pinjaman dan kami mengucapkan selamat datang secara tetap," jelas Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia dalam satu kenyataan. Pemain berusia 25 tahun itu dipinjamkan daripada Real Madrid Ogos lalu sebagai perjanjian pertukaran pemain dengan penjaga gol Thibaut Courtois dengan kontrak enam tahun. "Saya sangat gembira sepanjang musim secara pinjaman di Chelsea. Saya berasa selesa di kelab ini dan suka berada di London serta Liga Perdana. "Saya juga gembira kerana dapat menyertai kelab secara tetap. Kami mengharungi musim yang baik, menjuarai Liga Europa dan saya harap akan dapat menyumbang lebih banyak lagi pada musim akan datang," jelas Kovacic. -eurosport