suria

Lampard tagih semua pemain kerja keras, amal hidup sihat, "Ia bukan berkaitan dengan sos tomato"

Lampard turut memberi fokus kepada pemakanan dan gaya hidup pemain-pemainnya.

PENGURUS baharu Chelsea, Frank Lampard menyeru supaya semua pemainnya bekerja keras dan mengamalkan hidup sihat.

Bekas pemain legenda The Blues ini secara rasminya diumumkan sebagi bos di Stamford Bridge dengan kontrak tiga tahun.

Lampard menghabiskan tempoh panjang 13 tahun bersama Chelsea dan antara pemain yang rekod gol terbanyak dan menjadi ikon The Blues.

Dia kembali ke Chelsea sebagai jurulatih walaupun pengalaman pengurusan baharu setahun dengan membawa Derby ke final play-off Liga Kejuaraan Inggeris.

"Apa yang saya lakukan di Derby, akan dibawa ke sini. Ia adalah mempunyai rasa hormat kepada pemain-pemain dan mereka perlu bersikap profesional.

Sos tomato dilaporkan mempunyai kandungan kalori dan gula yang mengganggu diet pemain bola sepak.

"Kami akan gunakan semuanya, dan sains sukan, nutrisi, perubatan ada di sini.

"Jadi tidak ada alasan, Untuk mendapatkan prestasi tertinggi, pemain-pemain perlu jalani hidup dengan betul. Mereka perlu kuat berlatih, rehat sekucupnya dan jika tidak... mereka akan jadi teruk.

"Saya sebagai pengurus yakin dengan perkara itu, tetapi jika saya nampak ia tidak menjadi....

"Ia bukan berkaitan dengan sos tomato. Saya tidak melarang sos tomato. Mereka pulang ke rumah dan boleh dapatkannya satu tab, saya akan tahu juga.

"Tetapi jika saya nampak keputusan disebabkan diet yang tidak sihat yang ditunjukkan di padang latihan, saya akan lebih tegas mengenainya kerana ia sangat penting," jelas Lampard. 

Beberapa pengurus termasuk Antonio Conte, Maurizio Sarri dan Fabio Capello melarang pemain-pemainnya mengambil sos tomato kerana ia digambarkan boleh mengganggu diet pemain kerana mempunyai jumlah kalori dan gula yang tinggi. - Onefootball

Sos tomato, Chelsea, Frank Lampard

Artikel Lain