suria

Wimbledon: Nadal anggap Kyrgios pemain berbahaya, "Memang saya sengaja pukul bola ke arahnya"

Kyrgios sengaja memukul bola ke arah Nadal.

NICK Kyrgios mendedah dia memang sengaja memukul bola ke arah Rafael Nadal ketika aksi panas kedua-dua pemain pada pusingan kedua Kejohanan Wimbledon.

Pada perlawanan tersebut bintang Sepanyol itu memenangi dengan keputusan empat set 6-3 3-6 7-6 (5) 7-6 (3).

Kedua-dua pemain ini memang sudah 'berperang mulut' sejak beberapa bukan lalu.

Aksi kemuncak apabila Kyrgios dilihat sengaja memukul bola terus ke arah Nadal dan enggan meminta maaf.

Kata Krygios, dia memang sengaja berbuat demikian.

Jelas pemain Australia itu, dia tidak perlu meminta maaf kerana Nadal.

"Kenapa saya perlu minta maaf? Saya tidak memukul dia. Pukul raket?. Tidak. Kenapa saya perlu minta maaf?. Saya menang mata.

Nadal menang perlawanan ke atas Kyrgios. 

"Saya tidak peduli. Kenapa saya perlu minta maaf?. Maksud saya, dia telah mendapat banyak (gelaran) slam, berapa banyak wang dalam akaunnya?. Saya tidak akan meminta maaf.

"Saya memang ke arahnya (pukul bola). Saya mahu pukul bola ke arah dadanya," katanya.

Sementara itu Nadal menganggap Kyrgios sebagai pemain berbahaya.

"Sejarah sukan ini adalah mengenai hormat dan bermain secara adil sepanjang masa.

"Saya tidak rasa Nick berbuat demikian untuk mengganggu lawan, tetapi kadang kala dia berbahaya.

"Apabila dia memukul bola seperti ini, ia bahaya. Ia bukan berbahaya kepada saya, tetapi kepada pengadil garisan, berbahaya kepada penonton.

"Apabila kamu memukul bola seperti itu, anda tidak tahu ke mana ia akan pergi.

"Saya tahu dia mempunyai bakat besar tetapi saya juga pemain profesional. Saya tahu makna apabila anda memukul bola seperti itu, bola akan pergi ke mana-mana sahaja.

"Kali ini bola hampir terkena saya, tiada masalah kerana saya profesional. Jadi saya tahu untuk mengelaknya.

"Ia bukan berkaitan saya marah terhadapnya. Ia berkaitan dengan kemahuan untuk bermain dalam perlawanan. Kadang-kala ia sukar," kata Nadal. -Dailymail.co.uk

Rafael Nadal, Nick Kyrgios, Wimbledon

Artikel Lain